PAUSE HERE

Soalan Pengukuhan

BAB 4.2 DASAR-DASAR UTAMA MALAYSIA 

Soalan Objektif 
Jawab semua soalan di bawah. Pilih jawapan yang paling tepat. 

1. Antara penyertaan berikut, yang manakah matlamat utama pengenalan DEB (1971-1990) ?

I   Mewujudkan perpaduan antara kaum.
II  Membasmi kemiskinan.
III Menyusun semula masyarakat.
IV Memajukan sektor perindustrian berat.

    A.  I dan II                    C. II, III dan IV
    B.  II dan III                  D. I, II, III dan IV


2. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) meneruskan strategi DEB melalui perlaksanaan:

I   Pembasmian kemiskinan.
II  Pewujudan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera.
III Meningkatkan pembabitan sektor swasta dalam proses penyusunan masyarakat.
IV Menumpukan kepada pembangunan sumber manusia.

    A.  I dan II                       C. I, II dan IV
    B.  I, II dan III                  D. I, II, III dan IV

3. Strategi yang ditekankan dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN) adalah seperti berikut,           KECUALI

A. menjadikan sains dan teknologi sebagai teras utama dalam pembangunan ekonomi negara.
B. memperkukuh integriti nasional.
C. tumpuan kepada pembangunan kawasan bandar.
D. mengimbangi pembangunan negara dengan alam sekitar.

4. Dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan, tiga prinsip ditekankan sebagai asas pembentukannya seperti berikut, KECUALI

A. berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
B. unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima.
C. unsur-unsur kebudayaan asing yang popular mengikut peredaran zaman.
D.Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

5.  Salah satu unsur yang diambil kira ialah penggunaan bahasa Melayu sejak berabad-abad lamanya di rantau ini, malahan pernah menjadi lingua-franca pada abad-abad ke-15 hingga ke-18. Unsur di atas diambil kira dalam salah satu prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan, iaitu ______________.

A. berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
B. unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima.
C.Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.
D. tiada satu pun yang di atas.

6. Beberapa strategi dibentuk untuk membangunkan Dasar Belia Negara. 
    Pilih kenyataan yang PALING SESUAI.

A. Pembangunan kemahiran dan keusahawanan untuk mempersiapkan belia dengan teknologi terkini.
B. Pemupukan nilai-nilai kebudayaan agar lebih dinamik.
C. Membina sosiobudaya dan kerohanian seimbang.
D. Meninggikan taraf hidup ekonomi dan mutu kebudayaan.

7.  Pelan Integriti Nasional (PIN) dilancarkan bertujuan untuk______________.

A. menyelaraskan semua program dan aktiviti negara.
B. menjadikan integriti sebagai budaya masyarakat, memperkukuhkan asas moral masyarakat dan negara.
C. mewujudkan jaringan hubungan antarabangsa.
D. mengembleng semangat sayang dan cinta akan negara.



No comments: