- Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan.
- PIN juga menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara, iaitu membina masyarakat yang bersatu padu, adil, demokratik, liberal dan progresif serta berpegang teguh pada lima prinsip Rukun Negara.
- PIN dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020.
- PIN mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan negara Malaysia.
- PIN mengambil kira perkembangan antarabangsa, pengalaman negara-negara lain serta impak arus globalisasi.
Konsep PIN adalah :-
- PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara.
- PIN merupakan suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum, lapisan dan wilayah. Kerjasama antara semua pihak ini menjadi kekuatan bagi memngubah atau menambah baik nilai dan amalan masyarakat serta institusinya.
- Pendekatan PIN adalah untuk mengkoordanisasikan usaha semua komponen dan sektor dalam gerakan pemantapan integriti. PIN memerlukan keseluruhan institusi kerajaan negara, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman supaya meningkatkan integriti mereka, menghormati dan mempertahankan prinsip pemisahan kuasa serta melaksanakan fungsi masing-masing dengan cekap, telus, adil dan berkesan.
- PIN juga memerlukan pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat supaya merangka dan melaksanakan program pemantapan integriti mereka. Sinergi pelaksanaan program integriti oleh semua komponen dan sektor tersebut akan dengan sendirinya menyumbang kepada pemantapan integriti seluruh masyarakat dan negara.
- Menjadikan integriti sebagai budaya masyarakat, memperkukuhkan asas moral masyarakat dan negara.
- Meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.
- Meningkatkan daya saing dan daya tahan dan daya tahan negara dalam usaha menangani cabaran globalisasi.
Objektif PIN adalah :-
- Merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
- Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika.
- Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.
- Menggalakkan semangat bertanggungjawab dalam kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.
- Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara serta peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat.
- Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.
- Laporan dan resolusi oleh stakeholders terdiri pelbagai sektor masyarakat melalui konvesyen, persidangan, seminar, forum atau kursus integriti yang diadakan secara berkala.
- Maklum balas melalui soal selidik dan kajian yang dijalankan terhadap para peserta konvesyen, persidangan dan kursus yang dijalankan.
- Kajian mengenai nilai etika dan integriti yang dijalankan dari semasa ke semasa atas atas tajuk-tajuk khusus dengan memilih sampel secara rawak daripada pelbagai sektor masyarakat diseluruh negara.
- Tekad integriti satu - Memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara menyeluruh dan berkesan.
- Tekad integriti kedua - Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi.
- Tekad integriti ketiga - Meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat.
- Tekad integriti keempat - Memantapkan institusi keluarga dan komuniti.
- Tekad integriti lima - Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
1 comment:
Kita hendaklah menjalankan tugas dgn penuh amanah dan integriti.Jauhkan rasuah kerana akan menyusahkan rakyat terutama orang yg miskin dan golongan bawahan.
Post a Comment